Connect with:




Persatuan Bolaksepak Selangor (FAS) menemui kata sepakat bersama PKNS FC untuk membuat satu pertukaran pemain secara pinjaman sebelum tarikh tutup perpindahan semalam.

Bekas Ketua Pasukan Harimau Muda, Fandi Othman telah sah akan menyarung jersi Gergasi Merah untuk musim 2019 yang ditukarkan dengan K. Kannan.

Fandi yang akan mengisi posisi pertahanan kiri yang ditinggalkan Kannan yang akan bersama PKNS FC di bawah kendalian Datuk K Rajagopal.

Beliau merupakan anak kelahiran Johor yang memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan utama Harimau Muda A pada 2009 sebagai pemain pertahanan kiri sebelum menyertai beberapa pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Melaka United dan Felcra FC.

Pemain itu juga turut dikenali ramai sebagai seorang pemain yang berdedikasi dan diharap kualiti yang ada pada dirinya mampu membantu Gergasi Merah dapat memperkuatkan benteng pertahanan.

Pertukaran ini juga akan menjadikan Kannan bakal menjadi sebahagian daripada barisan utama pasukan Semut Merah. Kannan merupakan antara pemain muda yang diserap masuk ke pasukan senior Selangor pada 2016 dan kekal sehingga kini serta telah membuat 31 penampilan.

Dengan ini, Kannan akan diberi peluang lebih banyak waktu bermain supaya beliau dapat mengasah kemahiran dan meningkatkan kualiti permainannya di atas padang.

 

Foto : FA Selangor