Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 16 tahun Milo-Malaysia yang berlangsung dari 11 hingga 15 Disember lalu menyaksikan penguasaan Selangor dalam kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Diadakan di Gem In Mall, Cyberjaya, kedua-dua pasukan mudah membenam lawan masing-masing dalam perlawanan akhir. Dalam kategori lelaki, pasukan Selangor menewaskan Terengganu dalam 3 set (25-22, 25-08, 25-18) sementara skuad wanita mereka pula mengalahkan Johor juga dalam straight set (23-25, 15-25, 14-25).

Sebelum itu, penentuan tempat ketiga telah diadakan dimana Sarawak memenangi perlawanan tersebut untuk kedua-dua kategori.

Majlis penyampaian hadiah turut disertai oleh Presiden baharu Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Datuk Benny Hoe.

Beberapa anugerah individu turut diberikan kepada pemain-pemain yang berjaya menampilkan persembahan memberangsangkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Berikut senarai pemenang anugerah individu Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 16 tahun Milo-Malaysia:

SETTER TERBAIK: 
(L) KHAIROL SHARIME BIN SHAMSAIMON (Selangor)
(P) MAIDA SONG HUA EE (Sarawak)

SPIKER TERBAIK: 
(L) MUHAMMAD FAHMI BIN MADZIAN (Selangor)
(P) TASHA MAE (Selangor)

BLOCKER TERBAIK: 
(L) KELVEN LEE BIN (Pahang)
(P) YONG JIA TIAN (Pahang)

SERVER TERBAIK: 
LELAKI:
(L) AHMAD LOKMAN BIN RASDI (Terengganu)
(P) LOKE YEE LING (KL)

RECEIVER TERBAIK: 
(L) LEE WEN JUIN (Pahang)
(P) IRENE SIAH QI MIN (Johor)

MVP: 
(L) KHAIROL SHARIME BIN SHAMSAIMON (Selangor)
(P) TASHA MAE (Selangor)

JURULATIH TERBAIK:
(L) DAING MOHDROSHASMANIZAM B. ROSLAN (Terengganu)
(P) KHOO CHONG LONG (Selangor)