Connect with:




Acara esports terbesar peringkat negeri, Selangor Cyber Games bakal menemui anda sekali lagi pada 27 dan 28 Oktober ini bertempat di Empire City, Petaling Jaya.

Kejohanan tahunan yang diadakan sejak 2014 itu menyaksikan hadiah wang terkumpul sebanyak RM180 000 untuk empat permainan dipertandingkan.

Berbeza bagi bagi edisi kali ini, Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez menjanjikan hadiah lumayan dengan wang tunai terkumpul sebanyak RM250,000 kepada pemenang.

Bukan itu sahaja, sebanyak enam permainan popular bakal mengambil bahagian menempatkan hampir 2000 pemain dari seluruh negeri yang akan bertarung bagi merebut gelaran juara.

Lebih menarik, Zotac juga bakal mengadakan acara berlainan iaitu Push the Limit LAN Party dimana ia mengumpulkan seramai 300 penggemar esports di seluruh Malaysia untuk berkongsi idea, bermain permainan video, memperagakan komputer masing-masing bersama aktiviti menairk yang lain selama 48 jam.

Acara kali ini juga menerima sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari, semalam.

Berikut merupakan enam permainan yang akan dipertandingkan dalam kejohanan tersebut:-

Dota 2 – RM70,000 (320 pemain)

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) – RM20,000 (64 pemain)

FIFA 19 – RM60,000 (512 pemain)

PES 19 – RM20,000 (128 pemain)

Tekken 7 – RM30,000 (164 pemain)

Mobile Legends – RM50,000 (640 pemain)

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda! Daftar sekarang di www.selangorcybergames.net. Slot pemain adalah terhad dan pendaftaran akan ditutup setelah slot penuh. First come first serve!