Connect with:




Perancang tengah Sepanyol, ANDRES INIESTA mengumumkan karier antarabangsanya turut berakhir selepas kekalahan perit Sepanyol menerusi penentuan penalti kepada Russia dalam aksi 16 terakhir Piala Dunia, awal pagi tadi.

Pemain ‘playmakers’ Sepanyol berusia 34 tahun itu, kelihatan kecewa apabila dia bangun dari bangku simpanan selepas sepakan penalti tidak mengenai sasaran.

Selain itu, Iniesta yang melakukan penampilannya sebanyak 131 kali untuk Sepanyol telah menjaringkan 13 gol dan membantu pasukannta memenangi satu Piala Dunia serta dua Kejohanan Eropah.

“Ini adalah realiti yang harus diterima dimana ini merupakan perlawanan terakhir saya dengan pasukan kebangsaan.

“Ia adalah bukan cara yang baik untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi inilah bola sepak,” kata Iniesta.

Iniesta telah memulakan tiga perlawanan kumpulan untuk Sepanyol – menentang Portugal, Maghribi dan Iran.

Legenda Barcelona itu membuat debut antarabangsanya pada 2006 dalam aksi persahabatan sebelum Piala Dunia menentang Rusia.

Foto Kredit: FB Selección spañola de Fútbol