Connect with:




San Siro merupakan sebuah stadium yang cukup gah di Itali. Gelanggang rasmi untuk pasukan Inter dan AC Milan ini dibina pada tahun 1925 dengan kemampuan mengisi 80,000 orang penonton dalam satu-satu masa.

Pernah menjadi venue empat perlawanan final Liga Juara-Juara Eropah serta final Piala Dunia 1990, San Siro bagaimanapun semakin ketinggalan dari segi teknologi berbanding stadium-stadium terbaharu di Eropah.

Disebabkan itu, kedua-dua pemilik kelab Inter dan AC Milan bersetuju untuk merobohkan stadium tersebut dan membina stadium baharu yang lebih kecil kapasitinya namun berteknologi tinggi.

Projek ini dijangka akan menelan belanja sekitar 700 juta euro dengan jangkaan stadium ini dapat mula beroperasi pada musim 2022/23.

Stadium baharu ini dilaporkan akan menggunakan reka bentuk berdasarkan salah satu stadium tercanggih di dunia iaitu Mercedes Benz Stadium di Amerika yang merupakan gelanggang rasmi pasukan Atlanta Falcons dan Atlanta United FC.

Stadium ini juga dijangka akan menjadi venue upacara pembukaan Sukan Olimpik musim sejuk 2026, seandainya Milan berjaya dalam bidaan untuk menjadi tuan rumah.