Foto Kredit : Real Madrid

Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane membuat keputusan yang mengejutkan apabila beliau mengambil keputusan untuk melepakan jawatan selaku pengendali Real Madrid selepas beberapa hari membantu kelab tersebut memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL).

Keputusan ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuklah beberapa pemain Real Madrid sendiri. Namun mereka tetap menerima keputusan Zidane dan memberi sedikit kata-kata kepada beliau di media sosial mereka. Antara Karim Benzema, Toni Kroos dan Isco.

Rekod Zidane bersama Real Madrid begitu cemerlang termasuklah dengan mengekalkan kejuaraan UCL untuk tiga tahun berturut-turut dan sudah tentu rekod ini sukar untuk lakukan oleh mana-mana pengurus.

Zidane juga merupakan bekas pemain Real Madrid dari musim 2001 hingga 2006. Malah beliau juga boleh dianggap antara jurulatih terbaik dunia kerana berjaya memenangi kejuaraan ketika menjadi pemain dan ketika menjadi jurulatih.

Antara kejayaan lain bersama Real Madrid adalah memenangi UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup untuk dua tahun berturut-turut, La Liga dan Liga sepanyol. Malah beliau juga pernah menerima anugerah peribadi seperti jurulatih terbaik.

Apa jua keputusan Zidane, kami mendokan beliau akan terus berjaya pada masa akan datang dan dapat memenangi pelbagai kejuaraan lagi.

Melepaskan jawatan ketika berada di kemuncak adalah sesuatu yang terbaik kerana orang akan terus ingat rekod terbaik dan akan menjadi tekanan kepada siapa yang bakal menggantikannya nanti.

Foto Kredit : kickoff