Connect with:




Jodoh ketua jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh ternyata tidak bertahan lama apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memecat beliau atas prestasi yang kurang memuaskan dalam saingan Liga Super.

Selepas tiga perlawanan, The Red Warriors (TRW) berada di dasar liga apabila hanya mampu mengutip 1 mata dan 2 kekalahan. Berikutan itu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan terpaksa ambil tindakan drastik demi bola sepak Kelantan.

Pemecatan ini juga menjadikan beliau jurulatih pertama Liga Malaysia yang di pecat seawal musim Liga Super bermula.

Kini tugas ketua jurulatih di galas sementara oleh penolong jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah sementara pihak KAFA mencari jurulatih baru.

Tugas pertama Yusri bersama skuad Kelantan bakal teruji apabila pasukan TRW akan bertemu dengan pasukan Perak yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 24 Februari ini.

Foto Kredit : Persatuan Bolasepak Kelantan – Kelantan FA