Connect with:




Dua bintang istimewa Sepanyol mengucapkan selamat tinggal kepada kelab mereka sejak kecil awal pagi tadi apabila Andres Iniesta meninggalkan Barcelona dan Fernando Torres mengakhirinya dengan aksi cemerlang buat Atletico Madrid.

Dalam pada itu, Andres Iniesta yang beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk Barcelona pada Ahad, menyaksikan juara La Liga itu memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad untuk menghadiahkan kemenangan terakhir buat pemain tengah berpengaruh tersebut.

Pemain berusia 34 tahun yang memakai lilit kapten buat kali terakhir buat Barcelona dan dikeluarkan pada minit ke-81 dalam suasana emosi sehingga mengalirkan air mata.

Selepas perlawanan tamat, lagenda itu dfiberi penghormatan untuk menjulang trofi La Liga dan Copa del Rey sebagai tanda kemenangan mereka memenangi dua gelaran bagi musim ini.

“Ia merupakan hari yang sukar, tetapi saya telah menghabiskan masa 22 tahun yang luar biasa di sini,โ€katanya.

“Saya berasa bangga dan seronok untuk mempertahankan lambang ini, yang bagi saya adalah yang terbaik di dunia.

“Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya. Saya akan merindui kalian semua. Paling penting terima kasih kepada para peminat. Semua yang anda buat pada saya sejak saya tiba di sini sebagai seorang budak lelaki dan keluar sebagai seorang lelaki. Saya akan simpan di hati saya selama-lamanya. ”

Iniesta menyertai Barcelona sebagai pemain berusia 12 tahun dan menghabiskan masa 22 tahun di kelab itu.

Terdahulu, semasa beliau bersama Barca, sebanyak sembilan kejuaraan La Liga, empat Liga Juara-Juara, tiga Piala Dunia, dan Copa del Rey enam kali telah dimenangi.

Iniesta belum membuat keputusan tentang halatuju di mana beliau akan bermain selepas ini, kemungkinan menuju ke Jepun atau Liga Super China.

Sementara itu, Fernando Torres pula menamatkan kariernya dengan kelab pertama yang disertai selepas beliau membuat penampilan terakhirnya untuk Atletico Madrid.

Torres, yang menjaringkan gol kemenangan Sepanyol pada perlawanan akhir Euro 2008, mengalirkan air mata semasaacara โ€˜pre-matchโ€™ sebelum perlawanan bermula di Stadium Wanda Metropolitano.

Pemain berusia 34 tahun itu mencipta kenangan manis terakhirnya untuk kelab tersebut apabila menjaringkan kedua-dua gol, seri 2-2 dengan Eibar.