Manchester United mungkin sudah boleh melupakan kejuaraan EPL apabila mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Newcastle dan menyebabkan perbezaan mata dengan Manchester City semakin besar jurangnya iaitu 16 mata.

Mat Ritchie menjadi wira Newcastle apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-64 berpunca dari sepakan percuma dan kemenangan ini dapat membantu skuad kendalian Rafael Benitez menjarakkan kedudukan dari zon penyingkiran.

Kekalahan Man. United ini juga menyaksikan persaingan untuk merebut kedudukan kedua liga semakin sengit apabila jarak mata antara satu pasukan dengan satu pasukan semakin dekat dan siapa mengalami kekalahan pasti akan menyebabkan jarak mata semakin jauh.

Kini persaingan untuk mereput kejuaraan EPL mungkin sudah boleh dilupakan apabila Man. City gah berada di atas di tambah prestasi mereka semakin baik dan ini sudah tentu sukar untuk di cabar oleh pasukan lain.

Untuk mengejar Man. City, mereka perlu mengharapkan Man. City kalah 6 perlawanan ‘direct’ sambil Man. United perlu menang 6 perlawanan tanpa tercicir sebarang mata. Namun persoalan dia, mampu keajaibpan itu berlaku?

Namun dalam permainan bola sepak, selagi liga belum habis, apa-apa jua boleh berlaku dan sama-sama kita tentu apa akan terjadi setelah tamat 38 perlawanan liga EPL nanti.

 

Foto Kredit : dailypost(dot)com