Connect with:




Kepulangan Ghaddar ke pasukan Kelantan merupakan kali keempat dan beliau perlu berterima kasih kepada pasukan Kelantan kerana masih sudi menerima beliau setelah beberapa kali datang dan pergi dari pasukan Kelantan. Malah bersama Kelantan jugalah beliau mencipta nama selaku pemain import yang cemerlang dalam Liga Malaysia.

Nama Mohammed Ghaddar di negeri Che Siti Wan Kembang tidak asing lagi terutama dalam kalangan penyokong The Red Warriors sudah pasti cukup sinonim dengan nama Ghaddar.

Ghaddar juga pernah mencipta beberapa kejayaan bersama Kelantan ketika di zaman kegemilangan pasukan Kelantan pada 2012 yang menjuarai tiga piala dalam satu musim antaranya Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA (2012 dan 2013).

Ghaddar merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim lepas bermain bersama Kelantan sebelum berhijrah ke JDT namun ‘jodoh’ bersama JDT tidak begitu panjang dan menyebabkan beliau tercari-cari kelab untuk menyambung karier beliau.

Kepulangan penyerang berbisa ini sudah tentu di tagih para penyokong untuk membantu pasukan Kelantan bangkit kembali setelah permulaan yang begitu suram. Kini pasukann Kelantan berada di tangga terbawah Liga Super hanya berjaya kumpul 1 mata setelah tiga perlawanan.

Mampukah Ghaddar kembalikan zaman kegemilangan pasukan Kelantan dan menjadi penyerang yang digeruni lawan dan di hormati kawan? Adakah permulaan beliau ke pangkuan Kelantan merupakan satu langkah bijak? Sama-sama kita nantikan apa akan terjadi.

 

Foto Kredit : FB Persatuan Bolasepak Kelantan – Kelantan FA