Azrai Khor akhirnya memilih Negeri Sembila sebagai destinasi untuk beliau meneruskan khimat selaku jurulatih setelah dikaitkan bakal mengemudi Terengganu II. Malah ini bukan kali pertama kerana beliau pernah berkhimat untuk Negeri Sembilan pada 2011 hingga 2012.

Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, YAB Dato ‘ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan sendiri membuat pengumuman di Wisma PBNS bahawa Azrai Khor atau nama penuh beliau Mohd Azrai Khor Abdullah selaku jurulatih Negeri Sembilan.

Azrai Khor menjawat jawatan selaku jurulatih Negeri Sembilan setelah jurulatih sebelum ini, Jorg Peter Steinebrunner yang meletak jawatan akibat prestasi yang kurang baik dalan saingan Liga Super.

Kini Negeri Sembilan berada di tempat kedua terakhir liga selepas mencatat 1 kemenagan dan tiga kekalahan.

Foto Kredit : pbnsdk(dot)blogspot(dot)com

Azrai Khor pernah membawa Negeri Sembilan menjuarai beberapa piala seperti Piala Malaysia (2011) dan Piala Sumbangsih (2012). Kini sudah tentu peminat Hoben Jang Hoben menaruh harapan tinggi kepada Azrai untuk membawa skuad ini kembali menjadi sebuah pasukan di geruni dan kekal dalam saingan Liga Super.

Foto Kredit : bolasepakm(dot)blogspot(dot)com

Zaman kegemilangan Azrai Khor adalah ketika beliau bersama skuad Kedah apabila berjaya membantu pasukan itu menjuarai double treble pada 2007 dan 2008. Malah beliau juga merupakan jurulatih pertama yang berjaya lakukan pencapaian luar biasa ini.

Di harapkan pasukan Negeri Sembilan mampu bangkit kerana masih belum terlewat untuk mereka kerana persaingan Liga Super baru sahaja bermula.

Foto Kredit : theborneopost(dot)com