Sejak pengumuman oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan supaya tiada lagi perlumbaan Formula 1(F1) di Sepang setelah tamat kontrak hujung tahun ini, banyak pihak menyuarakan pendapat masing-masing. Ada yang menyokong dan ada juga yang merasakan Sepang belum cukup lagi ‘menaburkan jasanya’ dalam sukan permotoran 4 roda itu.

Sempena perlumbaan kali terakhir hujung minggu ini, kami senaraikan 5 fakta menarik sepanjang pengelibatan Formula 1 di Sepang.

  1. 1999 Debut Formula 1 di Sepang

Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan idea untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 dicetuskan oleh beliau sendiri pada tahun 1996 dan akhirnya membawa kepada pembinaan Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) yang menelan belanja sebanyak RM286 juta. Perlumbaan Formula 1 pertama mengambil tempat pada tahun berikutnya dan pemenang edisi pertama ialah pelumba dari Britain iaitu Eddie Irvine.

  1. 2002 Anak Watan Pertama Dalam F1 Sepang

Alex Yoong ketika tahun 2002. Kredit- motorsport.com

Siapa tidak kenal dengan Alexander Charles Yoong atau Alex Yoong, lagenda permotoran negara kita. Beliau melakukan debut perlumbaan F1 untuk Pasukan Minardi di tanah air pada tahun 2002 namun tidak dapat menamatkan perlumbaan akibat daripada perlanggaran dengan Eddie Irvine.

 

  1. 2009 Kimi Raikkonen makan aiskrim ketika perlumbaan

(Video kredit- Kimiisland youtube channel)

Ini mungkin salah satu momen paling kelakar dan menarik di Sepang. Hujan turun dengan lebatnya ketika perlumbaan masuk pusingan ke-33 dan semua pelumba terpaksa berhenti seketika untuk ‘restart’. Semua pelumba berada didalam kereta dengan kebasahan tetapi tidak untuk pelumba Finland iaitu Kimi Raikkonen yang dilihat sudah menyalin pakaian dan makan aiskrim sambil melepak di garaj, ketika perlumbaan masih berlangsung!

  1. 2010,2011,2013,2015 Sebastian Vettel johan paling banyak

GP MALESIA F1/2015 – 29/03/2015
© FOTO STUDIO COLOMBO X FERRARI MEDIA (© COPYRIGHT FREE)

‘Raja’ bagi litar Sepang ini ialah pelumba dari Jerman iaitu Sebastian Vettel dengan kejuaraan sebanyak 4 kali diikuti oleh Fernando Alonso dan Michael Schumacher masing masing dengan 3 kejuaraan. Adakah yang Vettel masih lagi aktif berlumba dengan Pasukan Scuderia Ferrari mampu menambah kejuaraan untuk kali ke-5?

  1. 2016 Lewis Hamilton terlepas kejuaraan di Sepang

‘’Oh NO!! NO!!’’- Lewis Hamilton

(video kredit-FORMULA 1 youtube channel)

Ungkapan berikut jelas mengambarkan kekecewaan Hamilton apabila enjin keretanya menghadapi masalah teknikal ketika kejuaraan dunia ke-3 semakin hampir pasti menjadi milik beliau. Pemandu dari Britain itu terpaksa menarik diri dari perlumbaan ketika beliau sedang mendahului dan dipintas oleh Daniel Ricardio untuk menaiki podium. Nico Rosberg muncul juara dunia ketika akhir musim.

Apa yang pasti F1 pasti meninggalkan kenangan-kenangan manis buat peminat-peminat sukan permotoran di negara kita. Semoga F1 kembali ke negara kita untuk musim yang mendatang!