Connect with:




Perbezaan asas antara Ultimate Fighting Championship (UFC) dan Mixed Martial Arts (MMA) berpunca daripada fakta bahawa MMA adalah sejenis sukan manakala UFC adalah organisasi yang menjalankan sukan ini.  Ianya sama seperti perbezaan Bola Sepak dan Piala Dunia, di mana semua orang tahu bahawa bola sepak adalah sukan dan Piala Dunia adalah kejohanan bola sepak yang popular.

Oleh kerana, populariti UFC sangat kuat maka terdapat beberapa orang yang merasakan bahawa ia lebih besar berbanding sukan yang mempromosikannya. Itulah sebabnya masih ada orang yang keliru dengan perbezaan antara MMA dan UFC. Artikel ini akan menjelaskan setiap keraguan dalam pemikiran anda.

Logo Ultimate Fighting Championship (UFC)

Apa Itu MMA?

MMA bermaksud Seni Mempertahankan Diri Campuran, MMA ini tidak termasuk dalam sukan tetap seperti Karate atau Judo. Tetapi MMA mempunyai ciri-ciri seni bela diri seperti ini daripada pelbagai negara, malah MMA juga mempunyai unsur-unsur kickboxing, yang merupakan sukan sendiri. MMA menjadi terkenal selepas dipromosikan sebagai sukan dan MMA mencapai kegemilangan selepas dianjurkan oleh UFC.

MMA pertama kali dipromosikan bagi mengetahui seni mempertahankan diri yang terbaik untuk menghadapi pertempuran tanpa senjata yang sebenar. Pada awalnya, hanya terdapat beberapa peraturan sahaja. Sejak berkembangnya sukan ini, pejuang mula menambah teknik dalam gaya pertempuran mereka.  Pada masa yang sama juga, para penganjur telah menambah peraturan untuk menjadikan ia lebih selamat bagi pejuang dan boleh diterima oleh masyarakat sebagai sukan.

Ini kerana, sejak diperkenalkan buat pertama kali, sukan ini tidak diterima masyarakat kerana ia terlalu ganas kerana kekurangan peraturan. Kini, MMA telah menjadi salah satu sukan yang paling banyak ditonton.

 

Apa Itu UFC?

UFC adalah Kejuaraan Pertempuran Ultimate. UFC ditemui oleh keluarga Gracie pada tahun 1993 dan mereka membawa sukan ini ke Amerika Syarikat. UFC diasaskan oleh Robert Meyrowitz, Rorian Gracie, dan Art Davie. Kini, UFC dimiliki oleh Frank Fertitta, Dana White dan Lorenzo Fertitta sejak dibeli pada tahun 2001. Syarikat yang memiliki UFC ialah Zuffz, LLC. Ibu pejabat UFC terdapat di Las Vegas dan juga mempunyai pejabatnya di London, Toronto dan Beijing.

UFC adalah organisasi yang sangat kuat dan berjaya. Ia telah berjaya menghasilkan sebanyak 40 acara langsung setiap tahun, siaran UFC di lebih 149 negara dan wilayah dan disiarankan dalam 30 bahasa yang berbeza. Ini mungkin disebabkan pada tahun 1993, ketika UFC memulakan MMA ia telah berjaya menarik ramai penonton langsung serta melalui televisyen di seluruh negara. Untuk pergaduhan yang dianjurkan oleh UFC telah dicipta oleh ahli gusti Olimpik, Jeff Blatnick.

 

Sejarah Ringkas MMA Dalam Pembentukan UFC

Seperti yang sedia maklum sukan MMA adalah antara sukan yang popular masa kini dengan publisiti dan terdapat bintang-bintang besar dalam MMA yang telah berjaya menarik ramai pengikutnya. Sebenarnya MMA bukanlah sukan baharu kerana ia telah wujud beratus tahun lalu.

Sejak dahulu lagi, setiap tamadun mempunyai seni mempertahankan diri masing-masing kerana ia telah menjadi satu budaya setiap masyarakat mengikut latar belakang dan geografi. Setiap seni mempertahankan diri ini sentiasa dikembangkan dan diperbaiki supaya menjadi lebih baik terutamanya di Asia.

Pada ketika dahulu, orang Asia menggunakan seni pertahankan diri untuk menentang penjajah dari Barat yang membangunkan senjata api. Disebabkan itu, seni mempertahankan diri dari Asia seperti China, Jepun, Korea, Thailand dan Tanah Melayu lebih baik berbanding dengan Barat. Namun, disebabakan peredaran zaman telah menjadikan seni mempertahankan diri sebagai salah satu budaya dan seni untuk persembahan.

Sejarah pernah dicatatkan pada Tamadun Yunani terdapat catatan hieroglif pada dinding gua yang berusia sejak 3,000 tahun sebelum masihi. Mural itu memaparkan ada pertempuran melibatkan tangan kosong.

Seni mempertahankan diri zaman kuno

Sukan gusti dan tinju sudah wujud di Yunani sejak 700 tahun sebelum masihi lagi. Pahlawan Gladiator dari Rom berlatih teknik gusti dan mengabungkan ia dengan tinju, mereka menggelarkannya sebagai pankration yang bermaksud kuasa sejagat. Pan bermaksud segalanya dan kratos merujuk kepada kuasa.

Thailand pula mempunyai seni tomoi atau Muay Thai dan juga disebut sebagai Kickboxing telah lama wujud sebagai salah satu seni mempertahankan diri dan untuk hiburan raja mereka. Jika dahulu dipertandingkan dihadapan raja sebagai acara simbolik, kini Muay Thai telah mempunyai undang-undang yang lebih menjaga keselamatan atletnya.

Seni Muay Thai
Foto: Cross Muay Thai

Filipina juga mempunyai tinju mereka sendiri yang dikenali sebagai Panatukan, iaitu seni grappling dipanggil dumog dan seni tendangan kaki dipanggil sukaran. Malah mereka juga mempunyai seni tempur yang menggunakan senjata yang dipanggil kali dan escrima. Sebelum kemasukan Amerika Syarikat ke Filipina sekitar 1898, mereka telah mempunyai seni pertahankan diri menggunakan pedang. Oleh kerana, aktiviti itu terlalu bahaya maka pedang itu digantikan dengan rotan.

Selepas itu mereka mula membangunkan seni mempertahankan diri dengan menggunakan fizikal yang berasaskan tangan kosong dengan teknik tumbukan, sikuan, tendang, lutut dan sebagainya. Jika kita lihat pada hari ini, mereka lebih taktikal dalam sukan MMA dengan masing-masing menggunakan dua tangan sebagai senjata utama.

Di Jepun, gusti mereka digelar Shooto iaitu satu seni mempertahankan diri yang sama seperti MMA kerana ia mengabungkan seni Sambo, Gusti Can, Tomoi, Judo dan seni Jiu Jistu. Shooto merupakan seni mempertahankan diri yang dicipta oleh Satoru Sayama merupakan seorang penggusti profesional yang dipercayai dicipta sekitar 1983. Oleh itu, Shooto dianggap seni pilihan yang harus dikuasai oleh petarung elit mereka.

Seni Shooto
Foto: Sherdog

Pertarungan MMA dalam UFC

Pertarungan MMA pertama kali diadakan pada 1997 di Tokyo, Jepun dan pada asalnya ia disebut Pride Fighting Championship (Pride FC). Tetapi sebelum itu, pernah ada acara yang hampir sama yang diadakan pada 1993 di Jepun oleh Masakatsu Funaki dan Minoru Suzuki yang digelarkan Pancrase.

Jepun merupakan pusat kepada MMA kerana mereka lebih suka untuk melihat pertarungan seni mempertahankan diri daripada disiplin yang berbeza dalam satu gelanggang. Oleh itu, pada awal 90-an, pertarungan MMA di Jepun banyak menjemput guru-guru seni mempertahankan diri dari Eropah dan Brazil untuk menentang antara satu sama lain.

Mitsuyi Maeda memperkenalkan Vale Tudo di Brazil.
Foto: USA Dojo

Selepas itu, Amerika Syarikat dan Brazil menjadi antara negara yang menyumbang kepada seni MMA. Di Brazil, memperkenalkan Vale Tudo yang dicipta oleh juara judo, Mitsuyi Maeda dengan mengabungkan Jiu Jitsu dan Judo. Vale Tudo lebih terkenal selepas diperkenalkan di Brazil. Salah seorang pelajar Maeda, Gastao Gracie telah menurunkan ilmu beliau kepada anak-anaknya Rorion Gracie, Rickson Gracie dan Royce Gracie.

Seni Vale Tudo
Foto: Vale Tudo Japan

Maka keluraga Gracie berpindah ke Amerika Syarikat dan memperkenalkan seni mempertahankan diri ini di sana. Selepas itu, Rorion dengan beraninya mencabar sesiapa sahaja untuk menewaskan mereka adik-beradik dalam pertarungan vale tudo dan memenangi wang sebanyak $100,000.

Tindakan itu telah membuatkan nama keluarga mereka dikenali di Amerika Syarikat. Maka Rorion ingin membawa vale tudo ke arus perdana dan membantu menaikkan nama gym mereka, Gracie Jiu Jitsu.

Maka beliau berjumpa dengan Art Davie dan Robert Meyrowitz dan mereka telah mencipta The Ultimate Fighting Championship (UFC). Apabila acara ini medapat sambutan luar biasa dan sangat popular, Zuffa LLC telah membeli hak UFC dengan nilai $2 juta dan meletakan garis panduan dalam pertarungan mereka.

Selepas itu, UFC-MMA menjadi satu acara dengan tontonan yang tinggi dan menjadi ikutan puluhan juta penontong dari seluruh dunia. Populariti MMA terus meningkat naik dengan adanya penaja serta media seperti Sports Illustrated dan gergasi penyiaran ESPN.

Petarung MMA, Conor McGregor (kanan), dan Khabib Nurmagomedov (kiri).
Foto: AP

Hari ini, kita dapat melihat MMA bukan lagi sukan asing lagi dengan kehadirna bintang seperti Khabib Nurmagomedev, Conor McGregor, Daniel Cormie, Jon Jones, Max Holloway dan ramai lagi. Begitulah serba sedikit kisah bagaimana terciptanya satu perjalanan UFC-MMA yang kita lihat hari ini.

Foto: USA Today