Connect with:




Tahukah anda, peluang untuk membeli rumah mewah Cristiano Ronaldo terbuka luas sekiranya anda memiliki 3,25 juta pound sterling atau RM18 juta?

Bintang bola sepak dunia itu sedang berusaha ingin menjual rumah agamnya yang terletak di Manchester.

Ronaldo membeli rumah tiga tingkat itu pada 2006 dengan harga 3,85 juta pound atau sekitar  RM20juta dan kini dia menjualnya dengan harga yang lebih rendah.

Terletak di Alderley Edge di Cheshire, rumah tiga tingkat ini mempunyai bilik pawagam, gimnasium, kolam renang dan jakuzi sendiri.

Untuk keselesaan pembeli, Ronaldo turut melakukan pengubahsuaian pada rumah tersebut termasuklah memasang batang logam di salah satu tingakp dengan tulisan CR7.

Bercakap mengenai rumah itu, laman web ejen hartanah Rightmove berkata: “Rumah berpagar yang menakjubkan ini terletak di kedudukan yang tinggi di kawasan utama dengan pemandangan yang menakjubkan.

“Lokasi yang sangat baik untuk pusat perkampungan Alderley Edge, di mana anda akan terdapat pelbagai jenis butik membeli-belah, restoran dan bar yang menyeronokkan.”

Sebelum ini, Ronaldo pernah cuba menjual rumah berkenaan pada tahun 2009 selepas menyertai La Liga Real Madrid namun rumah itu dikatakan tidak laku.

Luke Shaw, pemain Manchester United juga pernah menyewa rumah pemenang Ballon d’Or lima kali selepas dia membuat perpindahan dari Southampton ke United pada 2014.

Pemain antarabangsa England itu membayar sewa sebanyak £ 7,000 sebulan dan kebetulan, ramai pemain bola sepak United menghuni rumah yang terletak di daerah berkenaan.