Connect with:




Bermain ragbi dalam keadaan padang yang basah dan cuaca yang lembap memang menyeronokkan. Bagaimanapun dalam masa, peratusan untuk anda melakukan kesilapan juga akan meningkat.

Bola akan mudah terlepas dari tangan dan ini pastinya memberi ruang kepada pihak lawan untuk menang dalam perlawanan.

Inilah yang ditakuti pasukan Scotland menjelang aksi pembukaan mereka menentang Ireland dalam kempen Ragbi Piala Dunia 2019 di Jepun.

Pertemuan Scotland-Ireland akan berlangsung di Yokohama, Ahad ini dan ramalan kaji cuaca meramalkan ribut kencang akan melanda.

Bagi mengatasi masalah ‘slip up’, Scotland menggunakan ramuan khas iaitu syampu rambut.

“Di Edinburgh, kami melumurkan syampu dan perapi rambut di seluruh permukaan bola. Di Nagasaki (pusat latihan Scotland), kami cuma gunakan air sahaja” kata penolong jurulatih, Mike Blair.

Bukan Scotland sahaja yang mempunyai ramuan khas untuk mengelakkan masalah slip up. Wales salah satu pasuukan lain. Berbeza dengan Scotland, Wales menggunakan minyak bayi (baby oil).

Ragbi Piala Dunia akan bermula Jumaat ini dengan menyaksikan tuan rumah, Jepun akan menentang Rusia dalam perlawanan pembukaan di Stadium Ajinomoto, Tokyo.