Connect with:




Pada lima tahun lepas, seluruh peminat dunia permotoran dikejutkan dengan insiden kemalangan yang menimpa legenda Formula One, Michael Schumacher semasa bermain ski dengan anaknya Mick berusia 14 tahun di Alps Perancis.

Tragedi malang itu menyaksikan Michael mengalami kecederaan parah di bahagian otak akibat terhantuk di atas batu.

Lebih menyedihkan, dia turut berada dalam keadaan koma dalam tempoh yang agak lama selepas kejadian tersebut dan tiada lagi cerita atau kisah mengenainya dipaparkan di kaca televisyen termasuk media tempatan.

Namun, sempena usianya mencecah 50 tahun selain peristiwa berkenaan juga sudah genap lima tahun, akhbar tempatan terkemuka, Daily Mail mendedahkan kisah mengenainya.

Malahan, sebuah majalah Perancis sudah menerbitkan cerita mengenainya yang telah menunjukkan reaksi dan selalu tersenyum apabila melihat keindahan alam semula jadi pada Ogos lalu.

Dalam pada itu, pengurus Michael, SAbine Kehm menjelaskan sebab pihaknya mengelak dari mengeluarkan sebarang kenyataan atau berita mengenai bintang dunia itu.

“Umumnya media tidak pernah melaporkan mengenai kehidupan peribadi Michael dan isterinya, Corinna. Selepas dia ditimpa kemalangan, kisahnya tidak pernah diterbitkan dan nampak sepi.

“Dulu, dia pernah memberitahu, tidak perlu memanggilnya tahun hadapan kerana dia telah ‘hilang’,” katanya yang turut menyifatkan pelumba F1 itu paling berjaya dalam sejarah.

Hal ini demikian, dia melunaskan hasrat Michael untuk berdiam diri dan merahsiakan apa jua yang berkaitan dengannya.

Mengulas mengenai kesihatan Michael, dia kini sebenarnya tidak lagi terlantar di atas katil atau terpaksa makan menggunakan tiub.

Laporan dari seorang penulis F1 mendedahkan, Michael kini tinggal bersama keluarganya dan melakukan rawatan secara tertutup di kediamannya, di Switzerland.

Anggaran kos rawatan iaitu lebih daripada AS$62,986 bersamaan RM263,174 seminggu akan dikeluarkan buat Michael yang dikatakan menerima rawatan lanjutan di sebuah klinik khas di Dallas, Amerika Syarikat.

Untuk rekod, Schumacher masih memegang rekod pemenang gelaran juara dunia paling banyak, iaitu tujuh gelaran dan 91 perlumbaan Grand Prix.