Connect with:




Peninju Turki, Saygid ‘Dagi’ Guseyn Arlanaliev mendapat kemenangan terbesar dalam karier seni bela diri apabila mudah menumbangkan pesaingnya Timofey Nastyukhin dalam pusingan pertama.

Kemenangan itu memberinya tempat di Grand Prix World Lightweight dan beliau kini antara lapan bintang yang bakal berpeluang dinobatkan sebagai juara dunia.

Bagaimanapun, beliau harus berdepan bintang Malaysian-Australia, Ev ‘ET’ Ting dalam ONE : CALL TO GREATNESS pada Jumaat, 22 Februari bertempat di Stadium Tertutup Singapura.

Arlanaliev yang kini berusia 24 tahun mempunyai peluang yang cerah dan beliau mengatakan tidak mahu membazir peluang yang ada.

“Matlamat saya adalah bergelar juara dunia. Saya selalu berkata, jika perjuangan ini membawa saya satu langkah lebih dekat dengan matlamat ini, saya semakin teruja,” katanya.

“Saya akan cuba melakukan segala apa yang saya mampu, pengurusan tertinggi akan melihatnya nanti. Ia akan menjadikan perjuangan saya untuk menunjukkan bahawa saya adalah calon yang layak untuk bertanding,” kata Arlanaliev.

Arlanaliev bagaimanapun akan berjaga-jaga dengan Ting pada perlawanan iu nanti.

“Ev Ting merupakan lawan yang sangat baik. Dia seorang pejuang yang kuat. Jadi saya harus bersedia untuk menghadapi dia di dalam gelanggang.