Connect with:




Kemenangan 2-0 menentang Newcastle semalam menyaksikan pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer melakar kenangan manis apabila dia menjadi pengurus kedua dalam sejarah kelab yang menghadiahkan empat kemenangan dalam empat perlawanan awal yang disertainya.

Dalam sejarah United, hanya pemain ikon dan legenda kelab, Busby mencipta pencapaian itu dan Solskjaer meraikannya dengan penyokong yang turut ke gelanggang lawan selepas gol Romelu Lukaku dan Marcus Rashford memastikan kemenangan.

Justeru, ia membuatkan pengurus United yang mengetuai pasukan itu hanya sementara terpaksa berfikir dua kali untuk meninggalkan kelab berkenaan pada hujung musim.

Solskjaer dijangka akan kembali ke kelab asalnya, Molde di Norway  ini turut menyatakan keinginnannya untuk terus kekal bersama United pada musim panas nanti.

Menjawab mengenai masa depannya selepas musim ini,¬†Solskjaer berkata: “Saya tidak mahu (meninggalkan kelab ini).”

Bekas pemain United berusia 45 tahun itu sebelum ini mengambil peranan sebagai pengurus sementara selepas United menyingkir Jose Mourinho pada bulan lepas.

Molde bagaimanapun menegaskan mereka hanya “memberi pinjaman” Solskjaer kepada United dan mengharapkan dia akan kembali kepada peranan asalnya asalnya selepas menyelesaikan tugasannya di Old Trafford.

Dalam perkembangan lain, pemain gantian Romelu Lukaku dan Marcus Rashford menjaringkan gol pada babak kedua di St James ‘Park sekaligus menyaksikan kemenangan kepada Manchester United dan hanya ketinggalan tiga mata dengan Arsenal yang berada di kedudukan kelima.

Foto: Manchester United