Connect with:




Selepas berjaya menewaskan Edson Barboza ketika perlawanan UFC Philadelphia pada Sabtu lalu, Justin Gaethje berhasrat ingin mencabar untuk berlawan dengan juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov.

Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov.

Justin berkata beliau melabelkan dirinya bahawa beliau merupakan ancaman terbesar buat bintang terkenal dari Rusia itu.

“Saya mahu menjadi juara dunia. Saya mahu melawan Khabib, saya fikir saya salah satu ancaman terbesar untuk gelarannya dan itu matlamat saya.

“Saya tidak kisah dengan siapa saya bakal bertarung selepas ini. Mereka akan bayar saya banyak wang, sebab itu saya berada di sini,” jelas Justin.

Selain itu, Justin mengakui bahawa beliau mempunyai kemahiran tersendiri untuk menewaskan Khabib. Malah Justin turut mencabar seterunya yang lain yang mana mempunyai ranking lebih baik berbanding beliau.

Khabib yang kini digantung selama sembilan bulan akibat pergaduhannya dengan Conor McGregor sewaktu UFC229 Oktober lalu.Penggantungannya berlarutan menjelang Julai, tetapi presiden UFC Dana White menjangkakan dia akan kembali ke gelanggang pada September nanti.

Justin yang kini berusia 31 tahun telah mempunyai rekod sebanyak 20 kemenangan iaitu kemenangan terakhir ke atas Edson Barboza dan mempunyai rekod dua kali tewas iaitu kepada Eddie Alvarez pada Disember 2017 dan Dustin Poirier pada April 2018 lalu. – Bloodyelbow

Foto : Justin Gaethje & Khabib Nurmagomedov