Connect with:




Lagenda bolasepak Argentina, Diego Maradona sememangnya tidak lekang dengan kontroversi. Terbaru, dalam satu temubual bersama media, Maradona telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengejutkan.

Antara yang paling tidak masuk akal adalah dakwaan dirinya pernah diculik oleh makhluk asing. Stesen televisyen TyC Sports bertanya kepada Maradona adakah beliau percaya tentang kewujudan UFO.

Maradona menjawab, “Saya pernah dilarikan dari rumah selama 3 hari oleh UFO. Mereka (makhluk asing) menculik saya. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu lebih lanjut perkara ini”.

Selain itu, Maradona juga mendakwa dia melakukan hubungan seks buat pertama kali dalam hidupnya ketika berusia 13 tahun.

“Saya hilan teruna saya kepada seorang wanita tua di ruang bawah tanah rumah saya”kata Maradona.

Selain itu, beliau juga mengakui beberapa kali bermain bola tanpa tidur sebelum perlawanan berlangsung ketika masih bergelar pemain bolasepak.