Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt ingin meneruskan impiannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional dan akan berdepan risiko jika sasarannya gagal mejadi realiti.

Dalam keinginannya untuk menjadi pemain bola sepak, Bolt sudahpun dijemput untuk menjalani latihan bersama Borussia Dortmund.

Walaupun dalam usia yang kini 31 tahun, pemegang rekod dunia dalam acara 100 meter ini masih serius untuk mengejar impian yang diidamkan itu, dia juga tidak kisah tentang apa yang diperkatakan oleh netizen tentangnya.

Bolt sudah lama dijemput menyertai latihan bersama Dortmund, jemputan yang diatur khas oleh penajanya, Puma.

Bagaimanapun, Bolt enggan mengambil kesempatan dengan tawaran dibuat gergasi Bundesliga itu kerana masih dibelenggu kecederaan ‘hamstring’.

Pelari pecut Jamaica itu bagaimanapun tidak begitu optimis bahawa kelab kegemarannya Manchester United akan memberi peluang sama.

Dia akan cuba menyakinkan Jose Mourinho tentang kebolehannya dalam bola sepak kerana impiannya untuk bermain bersama Manchester United.

Foto Kredit: Usain Bolt Fan Page