Connect with:




Kontroversi pemain pertahanan Liverpool,Jon Flanagan akhirnya terjawab apabila dia mengaku bersalah atas kesalahan menyerang teman wanitanya pada bulan lalu.

Flanagan akan dijatuhkan hukuman pada 17 Januari ini.

Hakim Wendy Lloyd memberitahu Flanagan mungkin akan menjalani hukuman khidmat komuniti.

“Saya perlu memastikan yang perkara seperti ini tidak akan berulang,” kata Lloyd.

Pemain berusia 25 tahun itu yang menghabiskan tahun lalu selaku pemain pinjaman di Burnley ditangkap menerusi rakaman kamera litar tertutup di bandaraya Liverpool memukul dan menendang Rachael Wall, teman wanitanya selama 18 bulan.

Peguam Flanagan, Lionel Greig berkata Wall tidak memberikan kenyataan dan tiada contoh keganasan sebelum ini dalam hubungan mereka.

Katanya, Flanagan yang memperoleh penampilan sulung bersama skuad England ketika perlawanan persahabatan antarabangsa bagi Piala Dunia 2014 dan Wall berada di bawah pengaruh alkohol ketika insiden itu berlaku.

Flanagan adalah pemain yang lahir daripada akademi Liverpool dan membuat penampilan sulung bersama The Reds pada 2011. – AFP

Foto Kredit : Liverpool FC