Connect with:




 

Baru-baru ini baru sahaja berlangsung Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang telah berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Beberapa kejayaan telah berjaya di rangkul oleh atlet track berbasikal negara dan lebih membanggakan adalah kejayaan ‘the rocket pocket man’ atau Mohd. Azizulhasni Awang apabila berjaya mencipta rekod baharu Asia acara pecut lelaki dengan catatan masa 9.774s.

“Lebih 10 tahun sudah saya berusaha untuk memecahkan bawah 10 saat untuk catatan masa kelayakan 200m sprint ini di Sea Level. Sebagai rekod, saya pernah merekodkan bawah 10s tetapi di high altitude iaitu di Aguascalientes, Mexico pada tahun 2013 dengan catatan 9.854s,” katanya.

Kejayaan ini juga membolehkan beliau memadam rekod peribadi beliau sendiri iaitu rekod kebangsaan (10.07s).

“Objektif saya adalah untuk berada di tahap terbaik ketika Sukan Asia di Jakarta dan Sukan Komanwel Gold Coast nanti. Persembahan di ACC memberi keyakinan kepada saya bahawa kini berada di landasan tepat,” ujarnya.

Beliau juga ucap ribuan terima kasih kepada penyokong yang datang memberi sokongan kepada beliau dan rakan sepasukan sepanjang acara ini berlangsung. Beliau juga berterima kasih kepada ahli keluarga beliau dan Menteri Beliau dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaladdin yang ada berada di Velodrome sepanjang perlumbaan dari siang sampai malam.

“Malam ini saya dan Shah Firdaus akan berangkat ke Apeldoorn, Netherland untuk hadapi Kejohanan Uci Track Cycling World Championship 2018.

Saya memohon agar rakyat Malaysia mendokan kejayaan kami dan juga kejayaan saya untuk mempertahankan Juara Dunia yang saya sandang sekarang ini. Kami berdua akan bertempur hingga ke titisan darah terakhir,” katanya Azizul.

Kami mendoakan moga kejayaan terus mengiringi ‘the rocket pocket man’ dan dapat mempertahankan kejuaran dunia yang di pegangnya ketika ini.

Sumber dan Foto Kredit : IG azizulawangofficial