Ekoran kontroversi mengenai seorang pemain profesional Malaysia yang pernah beraksi dalam kejohanan utama disiasat atas dakwaan mengatur perlawanan, Datuk Lee Chong Wei tampil memberitahu bahawa beliau pernah ditawarkan habuan oleh seseorang untuk mengatur perlawanan.

Walaubagaimanapun, pemain nombor dua dunia itu menegaskan yang beliau tidak melayan sebarang tawaran dan menegaskan yang dia bermain demi maruah negara.

“Memang ada orang  pernah tawarkan saya tetapi bagi saya wang bukan segala-galanya. Apa yang penting adalah maruah negara yang perlu dijaga dan menjadi tanggungjawab sata untuk menjaganya,” katanya.

Oleh itu, sebagai pemain paling senior, Chong Wei, 36, mengingatkan rakan-rakan khususnya yang masih muda supaya tidak terjebak dengan kegiatan mengatur perlawanan kerana baginya tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Minggu lepas, kem badminton negara digemparkan tentang laporan eksluklusif, Sukan NSTP mendedahkan bahawa seorang pemain profesional negara – yang pernah beraksi dalam kejohanan utama seperti All England dan Kejohanan Dunia – sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas dakwaan mengatur perlawanan.

Persatuan Badminton Malaysia (BWF) kemudian mengesahkan bukan seorang tetapi dua pemain di luar badan induk itu digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan oleh BWF.

Foto Kredit : successstory(dot)com