Bintang tenis, Serena Williams berasa seperti seorang ‘superhero’ dalam pakaian serba hitam yang dipakainya ketika menang 7-6 (7-4) 6-4 ke atas Kristyna Pliskova di Terbuka Perancis.

Walaupun suhu mencecah sehingga 25 darjah di Paris tetapi ia tidak memberi kesan kepada pemenang 23 kali kejuaraan utama dalam perlawanan Grand Slam pertamanya sejak melahirkan anak pada September lalu.

“Saya berasa seperti pahlawan apabila memakai sut ini, seperti ratu dari Wakanda,” katanya.

“Ianya sangat selesa.”

Pemain berusia 36 tahun itu menambah : “Saya selalu hidup di alam fantasi. Saya juga teringin hendak menjadi seorang superhero dan ini mungkin salah satu caranya.”

Williams juga berkata pakaian ini membantu dirinya mengatasi masalah pembekuan darah dan pada bulan Februari ianya hampir meragut nyawanya.

“Saya mengalami banyak masalah dengan perkara ini – saya tidak tahu berapa banyak yang saya alami sejak 12 bulan lalu.”

“Sut ini menyeronokkan dan juga mempunyai fungsi jadi saya boleh bermain tanpa banyak masalah.”

Pemenang tiga kali Terbuka Perancis itu akan menentang Ashleigh Barty di peringkat seterusnya.

Foto Kredit : Reuters