Connect with:




Pemain yang berasal Gambia namun menetap di Kuala Lumpur sejak berumur 12 tahun, Mohamadou Sumareh merupakan seorang yang mempunyai perwatakan mudah mesra ketika bertemu wakil Dunia Sukan.

Karakternya kali ini cukup berbeza berbanding ketika pertama kali kami ditemuramah pada 2013. Mungkin ketika itu Sumareh masih segan kerana baru mula menapak dalam arena bola sepak negara.

Sumareh atau nama gelarannya Keli Boy mendapat kerakyatan Malaysia pada April 2018 dan sejak itu, namanya mula menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya atas tiket kelayakan merit naturalisasi.

Persoalan itu terjawab pada Oktober lalu apabila keta jurulatih Harimau Malaya iaitu Tan Cheng Hoe mengumumkan nama pemain sayap berbisa pasukan Pahang itu untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan Krygyzstan.

Mengimbau kembali detik-detik Sumareh menembusi skuad kebangsaan, dia tidak menyangka akan mendapat panggilan telefon dari Tan Cheng Hoe sendiri.

“Pada mulanya saya menyangka Afif (Amirudin) atau Muslim (Ahmad) yang mahu bergurau dengan saya mengenai panggilan skuad kebangsaan ini kerana mereka berdua memang suka kenakan saya,

“Namun setelah beberapa kali Coach Tan (Cheng Hoe) meyakinkan saya mengenainya, saya seolah-olah tidak percaya dapat bermain untuk pasukan kebangsaan,”

“Sesudah menamatkan panggilan saya meraikan seolah-olah menjaringkan gol bersama rakan sepasukan di Pahang kerana kebetulan ketika itu kami sedang makan tengah hari di restoran beramai-ramai,” ujar pemain berusia 27 tahun ini.

________________________________________________________________

Baca artikel penuh mengenai perjalanan karier Sumareh di e-majalah Dunia Sukan edisi 70 dengan memuat turun secara percuma laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan menerusi GOOGLE PLAY dan APP STORE.