Connect with:




Bintang Manchester United, Paul Pogba mendedahkan beliau hampir bertumbuk dengan bekas rakan sepasukan, Ravel Morrison ketika kedua-dua pemain beraksi untuk skuad remaja United.

Dalam satu temubual podcast United, Pogba memberitahu dalam satu sesi latihan, Ravel menunjukkan skill menggelecek dengan melepasi halangan beberapa pemain lain.

“Saya kemudiannya merampas bola dari Rev (Ravel). Situasi tersebut menyebabkan dia marah dan menendang saya.

“Sewaktu itu saya tidak fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris lalu saya memberi amaran kepadanya dalam Bahasa Perancis untuk berjaga-jaga dalam bilik persalinan. Kami kemudiannya bergaduh mulut, saya memarahi nya dalam Bahasa Perancis sementara Rev membalas dalam Bahasa Inggeris.

Tambah Pogba, selepas insiden tersebut, Rev datang kepadanya dan memberi pelukan.

“Ia satu kisah yang lucu. Sejak dari itu, saya dan Rev semakin rapat dan terus bersahabat baik sehingga ke hari ini” jelas Pogba.

Pogba dan Morrison antara permata dalam skuad akademi United yang menjuarai Piala FA remaja pada 2011.