Kelincahan dan rentak cemerlang ditunjukkan pemain lelaki negara telah menempah satu slot pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.

Ng Eain Yow dan Ivan Yuen mudah menewaskan saingan masing-masing pada aksi suku akhir di Arena Nicol David Bukit Jalil semalam.

Dua jaguh negara ini berhempas pulas dalam menjanjikan perlawanan yang baik buat Malaysia.

Sementara itu, Ivan Yuen mudah menewaskan pemain muda negara, Sanjay Singh 12-10,11-5,11-3.

Kelincahan juara kebangsaan itu membuahkan hasil apabila beliau sudah tahu akan kelebihan Sanjay Singh kerana mereka selalu berlatih bersama.

Ivan menjadi taruhan terbaik negara selepas ketiadaan Mohd Nafiizwan Adnan yang terpaksa menarik diri saat akhir akibat kemalangan tempoh hari.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ng Eain Yow memberikan kejutan apabila menewaskan pemain ranking ke-57 dunia dari Mesir,Mazen Gamal 13-11, 3-11, 11-6, 11-1.

Eain Yow yang merupakan pemain ke-77 dunia membuktikan bahawa ranking bukan penentu kepada kemenangan seseorang.

Mereka berdua mara pada perlawanan separuh akhir yang menyaksikan pertemuan sesama sendiri pada hari ini.- Harian Metro

Foto Kredit: Facebook (Eain Yow Ng)