Pengurus Pasukan Boon Siew Honda (BSH) Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama kumpulan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia pertama yang menerajui Satu HATI. Honda Team Asia di Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40, sekali gus memberi peluang untuk mengangkat BSH di persada antarabangsa.

Satu HATI. Honda Team Asia diwujudkan pada tahun 2012 dengan misi untuk membangunkan sukan permotoran di rantau Asia. Pada tahun pertama penubuhannya, pasukan tersebut mempunyai dua penunggang dari Jepun dan seorang dari Malaysia – Azlan Shah Kamaruzaman. Antara penunggang Jepun tersebut, Makoto Tamada merupakan penunggang lagenda berpengalaman yang telah memenangi perlumbaan MotoGP pada tahun 2004. Di sinilah permulaan bagi anak muda dari Malaysia untuk bersaing dalam perlumbaan ketahanan (endurance) kelas dunia.

Pada tahun 2012, mereka melintas garisan penamat pada kedudukan ke-25. Pada tahun kedua, Azlan Shah sekali lagi dijemput dan pasukan tersebut, bersama Tamada dan Yuki Takahashi juga merupakan penunggang MotoGP, berjaya meraih tempat ke-6.

Pada tahun berikutnya iaitu 2014, Tamada dilantik sebagai pengurus pasukan dengan tiga penunggang dari Malaysia, Indonesia dan Australia. Seorang lagi penunggang muda dari Malaysia, Mohamad Zamri Baba telah menyertai pasukan tersebut dan berjaya mendapat tempat ke-7 pada perlumbaan tahun berkenaan.

Sebagai Pengurus Pasukan, Tamada memulakan visinya untuk membentuk sebuah pasukan Asia “tulen” yang bukan hanya mempunyai penunggang, tetapi juga membabitkan mekanik serta pengurus dari negara-negara Asia. Sehubungan itu, Tamada telah melantik pasukan Boon Siew Honda untuk menyokong dan melatih mereka secara perlahan-lahan dan kakitangan Boon Siew Honda sebagai pasukan mekaniknya.

Pada tahun 2015, tiga penunggang Asia pasukan berkenaan datang dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pada kali ini Azlan Shah sekali lagi dijemput menyertai pasukan tersebut, namun mesin perlumbaan mereka berhadapan dengan isu teknikal dan menyebabkan mereka menduduki tangga ke-18. Pada 2016, penunggang Boon Siew Honda, Zaqhwan Zaidi yang juga juara Kejohanan Asian Road Racing (ARRC) kelas SS600 2016, membuat penampilan sulung dalam perlumbaan 8 hours endurance dan menerima sokongan kakitangan Boon Siew Honda. Mereka mendapat tempat ke-8 yang merupakan mata tertinggi dalam semua pasukan Honda termasuk pasukan kerja.

Pada tahun ini, impian Tamada hampir menjadi realiti apabila beliau memutuskan untuk mengekalkan penunggang yang sama dan melibatkan pengurus pasukan, ketua mekanik dan ketua jurutera data BSH untuk menguruskan keseluruhan perlumbaan.

Seperti Muhamad Zarul, beliau telah menyertai pelbagai perlumbaan sukan bermotor dan membantu penunggang seperti Azlan Shah, Zambri Baba dan Zaqhwan Zaidi.

Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40 akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2017. yang mengejutkan memandangkan Tamada mempunyai impian untuk membentuk sebuah pasukan Asia yang bebas, tidak terhad pada penunggang, di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Pasukan di Satu HATI. Honda Team Asia pada 2014. Usaha tersebut boleh dilihat apabila beliau mewujudkan pasukan penunggang dari Asia pada tahun 2015 untuk bersaing dengan penunggang MotoGP lain dan menerima gelaran Pasukan Honda Terbaik menerusi kemenangan tempat ke-8 pada 2016.

Makoto Tamada juga penunggang motosikal MuSASHi Boon Siew Honda dalam perlumbaan ARRC and bermula dengan Satu HATI. Honda Team Asia pada tahun 2012 Pada 2014, Tamada memutuskan untuk menjadi Pengurus Pasukan Satu HATI. Honda Team Asia dan telah menguruskan pasukan berkenaan sehingga penganjuran Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” yang ke-39. Sebagai Pengurus Pasukan, Tamada memulakan visi untuk mewujudkan sebuah pasukan Asia “tulen” yang melibatkan penunggang, mekanik serta pengurus dari negara-negara Asia.

Pada tahun ini, impiannya akan tercapai apabila beliau melantik Zulhelmi Ahmad dan pasukannya dari Boon Siew Honda Motorsports Malaysia untuk mengetuai dan menguruskan Satu HATI. Honda Asia Team bagi edisi ke-40 perlumbaan tersebut.

Zulhelmi bersama Ketua Mekanik, Muhammad Zarul Bin Sirat dan Ketua Jurutera Data, Mohamad Redzuan Bin Kamis merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik Makoto Tamada untuk mengetuai Honda Team Asia.

Pasukan tersebut turut melibatkan penunggang, Zaqhwan Zaidi (MAS), Ratthapong Wilairot (TH), and Dimas Ekky Pratama (IND) yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 pada perlumbaan endurance Suzuka pada tahun lalu.

“Ia merupakan satu penghargaan bagi Tamada-san untuk melantik saya sebagai Pengurus Pasukan Honda Asia Team. Kami yakin dalam keputusan yang dibuat beliau, di samping terhadap pasukan penunggang. Oleh itu, kami akan membuat yang terbaik untuk mencapai kejayaan bagi Malaysia dan meletakkan nama BSH ke peringkat yang lebih tinggi dalam arena ini,” kata Zulhelmi.

Pada 2002, Zulhelmi memulakan kerjayanya di perlumbaan Malaysian Cub Prix dan bersara sebagai penunggang profesional untuk BSH pada 2007. Dengan matlamat untuk mengikuti minatnya, beliau menyertai BSH pada tahun 2010 sebagai Koordinator Pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing dan telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Pasukan pada 2016. Kepimpinan dan bimbingan yang diberikan Zulhelmi telah membawa kepada kejayaan peringkat kejuaraan dan podium bagi penunggang tempatan seperti Khairul Idham Pawi, Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman.

Sejak beberapa tahun lalu, BSH berminat dalam pembangunan peminat muda sukan permotoran tempatan dengan menyediakan pelbagai platform bagi individu untuk berkembang dan mencapai kejayaan dalam kerjaya sukan permotoran. Mempunyai pasukan tempatan yang bersaing di peringkat antarabangsa merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan BSH.

“Saya ingin menyatakan rasa terima kasih terhadap BSH kerana menyediakan peluang untuk saya menjadi sebahagian daripada BSH Motorsports. Sejak bertahun-tahun lamanya, BSH memberikan sokongan terhadap kepimpinan dan visi saya sebagai pengurus pasukan dan kami akan memberikan yang terbaik untuk memacu nama BSH di pentas global,” ujar Zulhelmi.