Connect with:




Jakarta -Palembang 2018: Temasya Sukan Terbesar Di Asia Kembali

Walaupun kehangatan demam Piala Dunia 2018 masih belum reda, jangan lupa bahawa bulan ini kita sekali lagi bakal disajikan aksi hebat kontijen negara dalam kejohanan sukan kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik dari segi bilangan jenis sukan yang dipertandingkan iaitu temasya Sukan Asia 2018.

Bagi edisi kali ini, temasya tersebut dijadualkan bakal berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September melibatkan dua bandar utama iaitu Jakarta dan Palembang, Indonesia. Lebih menarik, Indonesia telah memberikan jolokan nama yang baharu buat kejohanan ini khususnya bagi rakyat Indonesia iaitu ‘Jakarta Palembang 2018’.

Malaysia di Sukan Asia 2018

Penglibatan Atlet Paling Ramai Dalam Sejarah

Sebelum ini, kontinjen negara menghantar seramai 277 atlet ke Sukan Asia di Incheon sebelum ini. Berbeza bagi edisi kali ini, ianya bakal menyaksikan kontinjen negara menghantar bilangan atlet paling ramai dalam sejarah dengan 447 atlet dan 140 pegawai berbanding penyetaan terbesar kontijen Malaysia sebelum ini iaitu 333 atlet pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Sasaran Pingat Jadi Sandaran Kelompok 10 Terbaik

Malaysia  sudah pasti akan cuba untuk memperbaiki kedudukan mereka selepas hanya mampu mendapat tempat ke 14 secara keseluruhan dengan meraih lima emas, 14 perak dan 14 gangsa dalam Sukan Asia, Incheon 2014.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memberitahu secara rasmi tentang penetapan sasaran bagi Sukan Asia edisi ini adalah 7 pingat emas . Biarpun sasaran sering menjadi fokus orang ramai terhadap kontinjen negara, beliau tidak mahu sasaran yang diletakkan menyebabkan kebajikan atlet terpinggir. Namun, beliau berpendapat mereka mampu capai 11 emas sekiranya dapat mencapai potensi sebenar.

Simbolik Pembawa Jalur Gemilang

Sepertimana yang kita ketahui, atlet karate wanita negara, Syakilla Sani Jefry Krishnan dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Asia 2018. Mesti kita tertanya-tanya mengapa bukan atlet yang lebih hebat dan terkenal dipilih?

Pemilihan atlet berusia 26 tahun itu diputuskan berdasarkan pencapaiannya yang meraih pingat emas pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan dan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Acara Yang Dipertandingkan

Tahukah anda, Sukan 2018 Asia Jakarta Palembang kali ini bakal menyaksikan acara sukan kedua terbanyak bakal dipertandingkan iaitu 462 acara. Acara paling banyak dipertandingkan ialah semasa Sukan Asia Guangzhou yang berlangsung pada 2010 iaitu sebanyak 476 acara.

Antara acara yang akan diperkenalkan sebagai sukan baru di temasya kali ini ialah pencak silat, wushu, jujutsu, paragliding, jet-ski dan juga E-Sukan.


Anda mesti tertanya-tanya cerita menarik disebalik maskot Sukan Asia, mengapa Indonesia dipilih sedangkan giliran mereka adalah pada tahun depan dan mengapa kita memilih Syakilla sebagai pembawa Jalur Gemilang sedangkan ramai lagi atlet lain yang lebih membawa pencapaian kepada negara? Ketahui jawapannya dengan muat turun E-majalah Dunia Sukan bagi edisi OGOS 2018.