Connect with:




Jaguh Taekwondo Malaysia, Yap Khim Wen yang mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajiannya membawa tuah apabila dia menghadiahkan pingat gangsa dalam kategori ‘poomsae individu wanita’ buat Malaysia, semalam.

Khim Wen yang menewaskan Huda Akbar dari Qatar dan Ji Yuhan dari Qatar dalam pusingan pembukaan, meneruskan kemaraannya dalam separuh akhir menentang atlet Iran, Salahshouri Marjan.

Walaubagaimanapun, Marjan mencatatkan 8.430 mata sekaligus membenam Khim Wen yang hanya meraih sebanyak kepada 8.300 mata yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta.

“Kecederaan lama saya (lutut dan buku lali) sedikit mempengaruhi prestasi saya hari ini. Saya percaya saya boleh mempamerkan asik dengan lebih baik.

“Saya cuba memaksa diri saya untuk memenangi sekurang-kurangnya satu perak tetapi tidak nasib tidak menyebelahi saya. Namun, saya telah melakukan yang terbaik.

“Saya tidak tahu apa perbezaan antara lawan saya dan saya. Saya hanya tertumpu kepada prestasi saya, “kata Khim Wen, yang masih menjalani pemulihan untuk kecederaannya.

Trivia Taekwondo Di Sukan Asia 2018.

  • Khim Wen merupakan atlet pertama yang menyumbangkan pingat kepada Malaysia bagi edisi kali ini.
  • Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam sukan ini adalah pada edisi edisi Busan 2002.
  • Pingat yang dimenangi Khim Khen merupakan pingat yang kesembilan dalam sukan tersebut sepanjang Sukan Asia diadakan ( dua perak dan tujuh gangsa)
  • Rosmaniar Defia (Indonesia) memenangi emas dengan jumlah keseluruhan 8,690 mata

Foto Kredit: SPORTS247.MY


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik https://duniasukan.com/my-account/