Connect with:




 

 

Bos Arsenal, Arsene Wenger tidak menyalahkan Alexis Sanchez ekoran daripada keputusan yang seri yang dicipta oleh pasukannya ketika menentang West Ham tempoh hari.

 

Baginya juga, anak-anak buahnya perlu memainkan peranan dengan berkerjasama untuk meningkatkan lagi prestasi pasukannya dalam liga.

 

Hal ini kerana, prestasi yang kurang baik ditunjukkan oleh Sanchez sejak beberapa musim yang lalu telah menjadi buah mulut penyokong kerana kejayaannya hanya menjaringkan empat gol dalam musim ini.

 

Tambahan lagi, Arsenal juga gagal untuk meraih kemenangan sejak tiga perlawanan sekali gus meletakkan mereka di tangga ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

Wenger juga menyifatkan bahawa Sanchez mempunyai cita-cita dan azam yang tinggi, akan tetapi dia tidak boleh beri tumpuan kepada seorang pemain bahkan untuk semua pemain.

Wenger juga menambah bahawa setiap pertahanan akan mengikat gerakan Sanchez ekoran daripada keincahan yang ada pada pemain ini.

 

Foto: Independent