Connect with:




Perlumbaan pesawat udara terkemuka, Red Bull Air Race tidak lagi akan dianjurkan selepas ini dengan 2019 menjadi tahun terakhir penganjuran.

Tiga venue terakhir perlumbaan akan diadakan di Kazan pada 15-16 Jun, Hungary pada 13 dan 14 Julai serta Chiba dari 7 hingga 8 September.

Menurut Red Bull, walaupun telah memberikan aksi ekstrem akrobatik menarik sejak mula dianjurkan pada 2003, perlumbaan ini masih gagal menarik perhatian orang ramai di seluruh dunia berbanding acara-acara lain yang dianjurkan oleh Red Bull.

Malaysia pernah menganjurkan satu perlumbaan pada kalendar 2014 dimana Putrajaya dipilih menjadi venue acara.

Halim Othman

Malaysia juga turut mempunyai wakil sebagai pilot iaitu Datuk Halim Othman yang beraksi sebanyak 4 pusingan pada 2014. Pencapaian terbaik beliau adalah memenangi perlumbaan Winning Challenger di Ascot dan Las Vegas.