Connect with:




Juventus gagal memanfaatkan bermain di halaman sendiri apabila terikat 2-2 dengan pasukan Tottenham Hotspur dalam perlawanan pertama peringakat kalah mati Liga Juara-Juara pagi tadi.

Gonzalo Higuain

Juventus yang bermula garang apabila penyerang mereka, Gonzalo Higuain berjaya menjaringkan dual gol dalam masa 10 minit awal permainan iaitu pada minit kedua dan minit ke-9.

Pasukan Juventus mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol termasuklah penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama namun gagal disempurnakan Higuain.

Harry Keane dan Christian Eriksen berjaya membantu Spurs bangkit untuk memadam kembali kelebihan skuad Massimiliano Allegri sekali gus membawa bekalan dua gol tempat lawan dalam perlawanan kedua nanti.

Keane berjaya menjaringkan gol pertama Spurs pada minit ke-35 dan Eriksen pula menceriakna penyokong Spurs apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-71.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung pagi tadi antara Manchester City dan Basel. Man. City ternyata berada di kelas tersendiri apabila mudah mencatat kemenangan 4-0 keatas Basel. Skuad bimbingan Pep Guardiola kini sebelah kaki ke suku akhir dan tiada tekanan tinggi untuk mereka dalam perlawanan kedua nanti.

Perlawanan kedua peringkat kalah mati akan berlangsung pada 8 March nanti.

Foto Kredit : FB Juventus