Aksi persahabatan antara Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkesudahan dengan SAM menang bergaya 7-0 di Wisma FAM, malam tadi.

Hafizal Hamad dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghasilkan gol pertama SAM seawal minit pertama hasil rembatan jarak jauh ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol Bernama.

Fendi dari Karangkraf menjaringkan dua gol selepas itu untuk menutup babak pertama dengan SAM selesa mendahului  lawan dengan tiga gol. Bersambung babak kedua, sekali lagi Hafizal Hamad menjaringkan gol sebelum Fendi melengkapkan hatriknya untuk gol kelima buat SAM.

Wan Fakhrul Wan Bakar dari Berita Harian yang mengawal gawang SAM dilihat kurang diuji barisan penyerang Bernama yang  gagal bergerak dengan baik disamping penyudah yang tidak menjadi.

Izwan Hafiz dari RTM melengkapkan kemenangan bergaya SAM dengan dua golnya sebelum aksi persahabatan ditamatkan.