Connect with:




 

Salzburg mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila bangkit untuk membenam Lazio 4-1 sekali gus layak ke peringkat separuh akhir Piala Europa dengan argegat 6-5 dalam perlawanan awal pagi tadi.

Salzburg yang tewas 4-2 kepada Lazio dalam perlawanan pertama ternyata ia tidak mematahkan semangat para pemain untuk bangkit ketika bermain di halaman sendiri.

Bagaimanapun Lazio berjaya menjarakan argegat 5-2 apabila Ciro Immobile menjaringkan gol pada minit ke-55. Namun jaringkan itu hanya bertahan seminit sahaja sebelum pemain tuan rumah, Munas Dhabur menyamakan kedudukan.

Amadou Haidara pula menjaringkan gol kedua untuk Salzburg pada minit ke-72. Bagai mendapat satu semangat baru apatah dengan sokongan padu penyokong sendiri, Salzburg terus melancarkan serangan demi serangan.

Selang dua minit kemudian, Hee-Cha Hwang pula menceriakan penyokong tuan rumah dengan jaringan ketiga perlawanan sekali gus menyamakan kembali argegat 5-5.

Stefan Lainer muncul wira Salzburg apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76 sekali gus memastikan mereka berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Ini merupakan satu pencapaian terbaik mereka setelah sekian lama tidak mara sejauh ini kerana kali terakhir mereka layak ke separuh akhir adalah ketika musim 1993/1994 di mana mereka juga layak ke perlawnanan akhir.

Foto Kredit : FC Red Bull Salzburg