Connect with:




Bintang Liverpool, Mohamed Salah telah meletakkan masa depannya bersama kelab itu apabila menandatangani kontrak jangka panjang selama lima tahun yang bernilai £200,000 (RM1.07 juta) seminggu.

Dalam pada itu, dia telah menyerahkan kontrak baru tersebut selepas mempamerkan prestasi yang menakjubkan bersama skuad ‘The Reds’.

Jaguh Mesir itu telah berjaya menjaringkan 44 gol dalam 52 penampilan terakhir dan mengungguli takhta sebagai Pemain Terbaik PFA, Pemain Terbaik Persatuan Bola Sepak Tahunan serta memenangi kasut emas bagi Liga Perdana.

Lebih teruja, sejurus dia menandatangai kontrak barunya bersama kelab itu, Salah menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia Anfield.

“Hi kepada penyokong Liverpool, saya sangat gembira untuk mengumumkan saya telah menandatangani kontrak baharu bersama kelab itu,” katanya di media sosial.

“Tahun pertama saya di kelab itu merupakan pengalaman yang luar biasa untuk saya dan keluarga. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong saya dan Liverpool.

“Saya tahu kita boleh mencapai banyak perkara bersama-sama dan saya tidak sabar untuk melihat anda semua, jumpa lagi,” tambahnya.

Bagi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dia ternyata gembira dan percaya dengan keputusan Salah untuk menandatangani kontrak baharu itu bakal menjadi penanda aras kepada Liverpool untuk lebih maju pada masa hadapan.

Foto Kredit: Mo Salah