Connect with:




Bintang Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi mencipta sejarah apabila mempertahankan gelaran Pemain Terbaik Afrika di Senegal awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Mesir itu turut mengatasi finalis rakan sepasukan di kelabnya, Sadio Mane dari Senegal dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Gabon yang ketika ini beraksi untuk Arsenal.

Ia turut menjadi detik bersejarah paling diingati buat Salah selepas dia muncul sebagai pemain kedua Mesir selepas Mahmoud al Khatib pada 1983 memenangi anugerah itu dan menjadi pemain pertama negaranya yang mengekalkan gelaran tersebut sebanyak dua kali berturut-turut.

“Saya mempunyai impian untuk memenangi anugerah ini sejak zaman kanak-kanak dan sekarang saya sudah memenanginya sebanyak dua kali.

“Terima kasih kepada keluarga, rakan sepasukan dan penyokong. Saya dedikasikan trofi ini kepada negara kelahiran saya, Mesir,” katanya.

Sebagai rekod, Salah meledak 44 gol dalam semua perlawanan untuk Liverpool musim lalu dan sudah mencetak 13 gol setakat musim ini di saingan liga.

Foto: Anadolu Agency