Walaupun berjaya menjaringkan gol buat Liverpool, Mohamed Salah tidak meraikan gol tersebut akibat daripada menghormati mangsa korban dalam serangan pengganas di Masjid Al Rawda, Jumaat lalu.

 

Serangan berlaku ketika jemaah di masjid tersebut sedang mengerjakan ibadah Solat Jumaat dengan menyaksikan 305 orang terbunuh termasuk 27 kanak-kanak dan 128 yang lain cedera.
Ia juga adalah serangan keganasan paling dahsyat dalam sejarah Mesir moden, manakala Liverpool menerusi Twitter rasminya pada Jumaat lalu berkata mengucapkan takziah kepada penduduk Mesir dan keluarga yang terlibat dalam insiden berkenaan.

 

Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun kembali ke Liga Perdana setelah Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp membelinya dengan rekod pembelian kelab, 37 juta pound (RM203.18 juta)
Penyerang Mesir itu muncul penjaring terba­nyak liga setakat ini, malah telah meledak 15 gol buat Liverpool dalam semua pertandingan hanya pada musim pertama bersama Reds.
 

Foto Kredit: Bola Kompas