Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah mengimpikan trofi bersama pasukannya itu serta harapan berjaya menamatkan kemarau lima tahun kejuaraan selepas cemerlang dalam pasukannya itu.

 

Pemain yang berhijrah dari AS Roma itu telah berjaya meledak 21 jaringan setakat ini dalam semua perlawanan yang disertai, maka beliau telah menjadi penjaring terbanyak buat masa ini bersama penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

 

Menurut Salah, dia ingin menjulang kembali kegemilangan Liverpool dan tidak menghampakan peminat yang memberi sokongan kepada mereka.

 

Salah juga dilihat menjadi salah satu tonggak utama The Reds dalam jentera serangan Liverpool bersama, Philippe Coutinho, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Kini Liverpool menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris serta akan menentang Swansea di laman sendiri, sebelum itu mereka akan bertemu Porto dalam Liga Juara-juara di peringkat 16 pasukan terakhir.

 

Foto: Sport360