Connect with:




POLIS mungkin bakal mengenakan tindakang undang-undang ke atas bintang Liverpool, Mohamed Salah ekoran klip videonya yang sedang menggunakan telefon bimbit semasa memandu tular di media sosial dan berada dalam pemerhatian polis.

Dalam pada itu, Polis Merseyside mememuat naik status di laman Twitternya untuk meneruskan siasatan video berkenaan ke “jabatan yang berkaitan”.

Video yang tersebar meluas di Twitter itu menunjukkan Salah sedang menggunakan telefon ketika peminat sedang mengelilingi keretanya.

Sementara itu, hukuman yang dikenakan bagi pemandu yang ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa memandu di United Kingdom adalah denda sebanyak £ 200 dan enam mata penalti.

Namun, sekiranya kes itu menjadi lebih serius, ia boleh mengakibatkan larangan memandu dan denda sehingga £2,500.