Walaupun hadir sebagai pasukan ‘ranking’ kedua terbaik bagi kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh, ia tampak sukar bagi skuad hoki kebangsaan dalam kejohanan tersebut.

Jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen berkata, saingan lebih sengit dijangka daripada tiga pasukan dalam ranking 20 terbaik dunia iaitu Korea Selatan (13), Jepun (17) dan China (18), yang belum menempah slot ke Piala Dunia 2018.

Menurut Jurulatih hoki negara, Stephen Van Huizen, kejohanan ini adalah penting bagi skuad Malaysia Speedy Tigers untuk mengumpul mata bagi menaikkan kedudukan pasukan kebangsaan dari kedudukan ke-12 dunia setakat ini.

Tambahnya lagi, 35 mata membezakkan kedudukan Malaysia dengan Korea Selatan dan Pakistan dalam kedudukan ranking dunia, dalam kejohanan ini juga adalah medan bagi skuad Hoki Kebangsaan untuk memperbaiki mutu permainan mereka.

Selain Malaysia, pasukan ranking keenam dunia, India dan Pakistan (14) juga turut tersenarai ke Piala Dunia di India, tahun depan.

Malaysia diundi Kumpulan B bersama Korea Selatan, China dan Oman (30), manakala Kumpulan A melibatkan India, Pakistan, Jepun dan tuan rumah, Bangladesh (34).

Pasukan Hoki Kebangsaan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Jepun sebelum Piala Asia membuka tirai pada 11 hingga 22 Okt.

Mengulas mengenai senarai pemain, tiga pemain senior iaitu Meor Azuan Hassan, Izad Hakimi Jamaluddin dan Firhan Ashaari tidak akan turut serta ke Dhaka ekoran kecederaan.- Bernama

Foto Kredit: Liga Kampung