Connect with:




Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran genting dalam Piala Sultan Azlan Shah yang bakal berlangung Ipoh, Mac depan.

Skuad ‘Speedy Tiger’ harus beraksi cemerlang dalam usaha meraih keputusan terbaik di kejohanan jemputan tertua di dunia itu.

Kejohanan yang melibatkan banyak pasukan bertaraf dunia bakal berentap dalam merebut gelaran juara.

Daripada tujuh pasukan yang mengambil bahagian termasuk Malaysia dan Pakistan, lima daripadanya menduduki kelompok 10 terbaik dunia didahului pasukan ranking pertama dunia, Australia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Argentina yang juga menduduki ranking kedua.

Pasukan gergasi Asia yang juga juara Piala Asia di Dhaka, India yang kini menduduki ranking keenam dunia, diikuti England (7) dan Ireland (10) melengkapkan senarai tujuh pasukan yang bertanding.

Skuad hoki negara perlu kental dalam latihan kerana Malaysia bakal memperoleh perlawanan kompetitf dalam kejohanan ini.

Malaysia di ranking ke-12 hanya lebih baik berbanding Pakistan di tempat ke-13, sekali gus menyaksikan usaha anak buah Stephen Van Huizen untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama dalam sejarah tampak begitu sukar.

Piala Sultan Azlan Shah merupakan perlawanan yang akan memberi kejutan buat para pemain yang sekian lama tidak beraksi dalam kejohanan besar.

Kejohanan ini bakal menjadi pentas latihan buat ‘Speedy Tiger’ menjelang Sukan Komanwel Gold Coast yang juga berlangsung pada tahun depan.

Sumber : Harian Metro

Foto Kredit :Facebook (Malaysian Hoki Team Fan Page)