Safee Sali kembali berlatih bersama skuad kebangsaan

 

Penyerang sensasi negara, Safee Sali kini boleh menarik nafas lega selepas kemelut penggantungannya dari beraksi untuk Harimau Malaya sampai ke pengakhirannya dengan bintang pasukan Pelita Jaya ini dibenarkan beraksi untuk pasukan negara.

Sebelum ini, beberapa laporan media tempatan menyebut Safee tidak dibenarkan beraksi bersama Harimau Malaya ekoran tindakan Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI), menggantung 32 kelab Liga Super Indonesia (ISL) termasuk kelab Safee, Pelita Jaya FC.

Namun begitu, hasil perbincangan antara Persatuan Bolasepak Asia (AFC), FAM dan pengurus Safee sendiri iaitu Zakaria Rahim, kedudukan Safee untuk dibolehkan beraksi dengan skuad negara terutamanya pada Piala AFF November nanti kini sudah terjamin. AFC selepas ini bakal menuntut penjelasan dari PSSI mengenai surat penggantungan yg dihantarkan kepada FAM.

Bagi Zakaria, semua ini dililhat hanyalah perkara remeh yg diperbesarkan dan apa yg penting, semangat Safee kini kembali pulih selepas dilihat sedilit sugul semenjak isu ini dimainkan semula.

Safee kini kembali menyertai latihan bersama skuad negara dibawah kendalian jurulatih K.Rajagobal menjelang pertemuan persahabatan menentang Hong Kong, Selasa ini.