Penyerang berkaliber negera, Safee Sali tersenarai di dalam senarai 18 pemain pasukan “Pilihan Asia 2011” yang dikeluarkan portal berita yang berpengkalan di benua Amerika Selatan, iaitu Goal.com.

Safee Sali, 28, diletakkan sebagai penyerang pilihan simpanan, seiring Park Chu-Young(Korea Selatan) dan Mike Havenaar(Jepun). Antara yang turut tersenarai ialah pemain tengah Indonesia, Ahmad Bustomi yang dipilih sebagai pemain tengah pilihan simpanan. Pemain-pemain yang menghuni kesebelasan utama “Pilihan Asia 2011” ialah pemain-pemain seperti Josh Kennedy(Australia), Makoto Hasebe(Jepun), dan Park Ji-Sung(Korea Selatan).

Kriteria pemilihan adalah berdasarkan pada prestasi individu yang berkaitan, sepanjang tahun 2011. Pemilihan pemain telah dinilai dan dipilih oleh sekumpulan penilai Goal.com. Senarai tersebut telah dikeluarkan pada 1 Januari 2012.

Sebelum ini beberapa pemain yang lain seperti Khairul Azman Mohamed serta Allahyarham Mokhtar Dahari juga pernah diberi pengiktirafan di peringkat Asia.