Connect with:




Pasukan ragbi Sabah menepati ramalan muncul juara Piala Agong selepas menundukkan Kelantan dalam aksi sengit final yang diadakan di padang UPNM, Sungai Besi pada Ahad.

Diperkuat bekas bintang All Blacks, Luke Mcalister, Sabah bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menang 47-45 untuk merangkul kejuaraan kelima mereka dalam kejohanan ragbi domestik paling berprestij di Malaysia ini.

“Kredit kepada para pemain saya yang telah menunjukkan tahap disiplin paling tinggi terutama paada 10 minit terakhir ketika kami kehilangan seorang pemain” jelas pengendali Sabah, Brad Mika dipetik dari Berita Harian.

Sebelum itu, berlangsung perlawanan merebut tempat ketiga diantara Kedah dan Johor yang menyaksikan pasukan dari utara tanah air ini muncul pemenang dengan keputusan 48-47.

FOTO KREDIT: MALAYSIA RUGBY