Anda mempunyai masalah asma atau semput yang berlarutan? Sukar bernafas? Baru nak berlari dah tercungap-cungap? Nahhhhhhhhh.. jom kita tengok cara untuk menghilangkannya.

Dalam pepatah Melayu ada menyebut “Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat” Jadi sebelum penyakit ini bertambah teruk, kita harus bersiap sedia untuk mencegahnya.

Apa itu asma dan semput?

ASMA atau SEMPUT ialah keradangan di dalam saluran pernafasan bronkus dan menjadikan saluran pernafasan membengkak dan sempit. Bukan itu sahaja. Penyakit ini juga boleh terjadi daripada debunga, lipas, bulu haiwan, kulat, asap rokok, asap kereta, perubahan cuaca dan keadaan sekeliling adalah faktor utama.

Tambahan pula, bahan kimia yang beracun dan jangkitan virus ATAU masalah emosi juga menyebabkan asma(tekanan jiwa).

Jadi, bagaimanakah cara atasinya?

Pastikan di rumah dan di tempat kerja berada dalam keadaan yang bersih daripada sebarang hama, bulu kucing dan sebagainya. Setiap pagi, cuba untuk menyapu dan membersihkan sudut-sudut yang ada habuk.

Elakkan dari asap rokok. Jika anda perokok tegar, sila hentikan untuk mengatasi asma.

Kerana orang yang menghidup asap rokok lebih teruk kesannya. Minum air dengan banyak kerana ia mampu melonggarkan saluran pernafasan dan mengekalkan penghidratan. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Sila berhati-hati ketika cuaca dalam keadaan sejuk kerana ia punca utama berlakunya asma. Tutup mulut dan hidung untuk elak udara sejuk masuk.

Bersenam juga membantu mengatasi asma. Amalan hidup cergas membantu menguatkan badan terutama sekali paru-paru. Contohnya berenang, kerana berenang membuat kita bernafas dengan aktif.

Kajian di Pusat Perubatan Universiti Maryland membuktikan kanak-kanak yang mengambil makanan tambahan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA selama 10 bulan serangan asma semakin berkurangan berbanding dengan kanak-kanak tidak mengambil minyak ikan. Cara ini yang paling mudah untuk mengatasi asma.

Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Respiratori, Pusat Perubatan Univesiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Fauzi Md. Anshar, anggapan bahawa makanan terutamanya pulut dan air batu boleh mengakibatkan serangan asma adalah satu mitos.

Sebabnya, makanan sebenarnya tidak menyebabkan asma. Cuma kalau seseorang yang menghidap asma itu sensitif terhadap makanan yang dijamahnya, tidak mustahil dia akan diserang penyakit tersebut.

Sumber : VITAMIN4UALL