Connect with:




Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik dengan kerjasama Kelab Anak Muda Petaling telah membuka ruang dan peluang kepada belia untuk berkecimpung dalam e-sukan dengan menganjurkan permainan video popular masa kini PlayerUnknown’s Battelgrounds (PUBG) Mobile di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kota Anggerik, Seksyen 13, Shah Alam dengan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM15,000.

Pasukan RRQ Panda yang menjuarai Kejohanan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019.
Foto: DUN Kota Anggerik

Kejohanan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019 tersebut pasukan RRQ Panda berjaya muncul juara dengan kutipan mata sebanyak 158 dan 49 bunuhan. Dengan kejayaan itu, mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.

Sementara itu, nasib kurang baik untuk pasukan MPX apabila dibezakan hanya sembilan bunuhan walaupun mata sama dengan RRQ Panda dan hanya berada ditempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000. Tempat ketiga diperolehi oleh pasukan The Face Gaming berjaya membawa wang tunai sebanyak RM2,000 apabila melakukan 37 bunuhan dan mata sebanyak 127. Yoodo Gank pula berjaya berada ditempat keempat dengan membawa pulang wang sejumlah RM1,000.

Suasana kejohanan PUBG yang dianjurkan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kota Anggerik.
Foto: DUN Kota Anggerik

Kejohanan ini disertai oleh 64 pasukan di peringkat saringan empat kumpulan dengan dua pusingan dimainkan pada peta Erangel dan Miramar. Manakala pusingan akhir 16 pasukan terbaik bermain sebanyak enam pusingan juga menggunakan peta yang sama. Kesemua pusingan bermain secara TPP.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi yang turut bersama-sama memberi sokongan kepada belia dalam e-sukan. Kejohanan ini juga merupakan pertandingan PUBG Mobile peringkat amatur terbesar di negeri Selangor.

Foto: DUN Kota Anggerik