FC Schalke 04 menduduki tangga kedua di liga Jerman selepas menundukkan Hamburg SV 2-0, semalam.

 

Bekas pemain Chelsea, Franco Di Santo membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan penalti, selepas Yevhen Konoplyanka dikasari oleh pemain Hamburg, Gideon Jung.

 

Harapan Hamburg dalam mencari gol penyamaan hancur apabila Guido Burgstaller melipatgandakan kelebihan tuan rumah ketika perlawanan berbaki 12 minit.

 

Kemenangan ini bermakna Schalke memotong RasenBallsport Leipzig, yang berada di tangga ketiga dengan perbezaan gol.

 

 

 

FAKTA MENARIK TENTANG FC SCHALKE 04

 

·         Nama penuh kelab ini adalah Fußballclub Gelsenkirchen-Schalke 04 e. V.

 

·         Stadium mereka, Veltins-Arena di Gelsenkirchen boleh muat 62,271 orang namun pernah mencatat sehingga 77,803 kehadiran untuk pertandingan hoki ais.

 

·         Selain dari skuad bola sepak lelaki, FC Schalke turut bersaing dalam bola sepak wanita, bola keranjang, bola baling, tenis, olahraga dan eSports.

 

·         Memandangkan Schalke 04 dan Borrusia Dortmund terletak di rantau Ruhr, kedua pasukan ini bersaing dalam perlawanan Revierderby.

 

·         Klaus Fischer merupakan penjaring terbanyak buat kelab itu dengan 182 gol.

 

 

Foto Kredit: Twitter (FC Schalke 04)