Ketua pasukan Manchester United, Wayne Rooney bakal meninggalkan kelab gergasi tersebut selepas menarik diri daripada menyertai jelajah ke Amerika Syarikat.

Beliau menjelaskan penarikan diri tersebut selepas menandatangani kontrak untuk dua tahun bersama kelab Everton dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Jose Maurinho.

Sebelum ini Rooney telah meninggalkan Everton pada tahun 2004, dan sehingga kini masih setia dan ingin menyumbangkan tenaganya semula bersama skuad tersebut dibawah bimbingan Ronald Koeman.

Beliau dijanjikan menjadi kesebelasan utama oleh barisan jurulatih dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim baru dengan dibayar gaji sebanyak £250,000 seminggu.

Skuad The Toffe sudah menjangkakan perpindahan Rooney di dalam skuad dan akan dimuktamadkan pada minggu ini.

United akan mengumumkan ketua pasukan yang baharu berikutan kehilangan Rooney dalam skuad mereka.

Ander Herrera bakal mengetuai United pada musim baru ini selepas menonjolkan aksi yang sangat memberangsangkan.